BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Saya seorang isteri dan suri rumah. saya mempunyai 3 orang anak. Saya ingin bertanya, suami saya curang dan memukul saya sepanjang perkahwinan kami. baru-baru ini, saya telah ke mahkamah untuk mengambil borang permohonan cerai. tetapi saya telah disahkan hamil dan suami saya tidak mahukan anak ini dengan alasan tidak bersedia lagi untuk menambah anak. adakah saya masih boleh menfailkan cerai di mahkamah ketika saya sedang hamil?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, puan boleh meneruskan permohonan perceraian di mahkamah walaupun sedang hamil. Ia tidak menyalahi syarak. Jika telah sabit perceraian, tempoh iddah puan akan tamat selepas melahirkan anak. Adapun, suami masih wajib menanggung nafkah puan semasa dalam iddah disamping memberi nafkah kepada anak-anak yang lain, sama ada suami bersedia atau tidak itu bukan alasan untuk melepaskan tanggungjawab terhadap anak kandungnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 71

message user image