BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Assalamualaikum, saya sekarang berada di luar negeri dimana bila buang air besar kita pakai kertas tisu sahaja. Bila sampai kerumah masuk waktu Isyak saya terus pergi ke Masjid. Pagi esoknya baru saya teringat yang saya belum lagi basuh dengan air. Sah atau batal solat solat yang saya lakukan sebelum teringat. Bukankah wuduk itu mensucikan fungsinya. Harap dapat panduan. Wassallam


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk beristinjak bagi membersihkan diri daripada najis dan kekotoran yang keluar, dengan menggunakan air dan apa sahaja yang boleh menggantinya. Penggunaan air dalam beristinjak bukanlah suatu perkara yang wajib. Pendapat Mazhab as-Syafie bersepakat harus untuk beristinjak menggunakan batu dan benda-benda lain seumpamanya yang menepati syarat-syarat alat istinjak yang ditetapkan oleh para ulama’. Firman Allah SWT yang bermaksud: “SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri” (al-Baqarah: 222) Penggunaan tisu semasa beristinjak yang dilakukan mengikut kaifiyat (kaedahnya) tanpa disudahi dengan air adalah harus, dan suci dengan keyakinan tiada bau, bentuk dan warna najis yang masih berada di tubuh badan dan pakaian. Jika ketiga-tiga tanda ini telah dihilangkan dengan menggunakan tisu, itu sudah memadai tanpa disudahi dengan air. Manakala fungsi wuduk adalah untuk bersolat dan bukan untuk mensucikan najis. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali” (al-Ma’idah: 6) Begitu juga dengan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda; لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوْءَ لَهُ Maksudnya : “Tidak ada solat bagi mereka yang tidak berwudhu” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 166

message user image