BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan: 1. suami pernah lafazkan cerai "aku ceraikan mu" diulang 2 kali dalam masa yang sama. adakah itu dikira jatuh satu talak @ terus 2 talak ? 2. jika ada perjanjian antara suami dan isteri "andai suami ada perempuan lain selain isteri, jatuh talak satu" dan selepas beberapa tahun suami memang ada perempuan lain, adakah jatuh talak yang perjanjian tadi atau tidak? 3. andai suami berjanji dengan tangn di atas Al-Quran "esok saya akan ceraikan awak" tetapi esoknya suami tidak ceraikan, adakah itu dikira jatuh juga talak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Lafaz yang disebut suami : “Aku ceraikan mu”, adalah lafaz soreh (jelas dan nyata). Sama ada jatuh talak satu atau talak dua, ia akan ditentukan oleh Hakim Syarie. Oleh itu, puan dan suami hendaklah pergi ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk menentukan status pernikahan puan. 2. Perjanjian di antara suami isteri yang disebut oleh suami iaitu : “Andai suami ada perempuan lain selain isteri jatuh talak satu”, ia dikira sebagai taklik. Justeru jatuh talak ke atas isteri jika suaminya memang ada perempuan lain selepas menyebut lafaz taklik itu. Perkataan “Perempuan lain” juga perlu dijelaskan sama ada bercinta, berkawan atau terpikat. Perkara ini juga hendaklah dikemukakan terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan oleh Hakim Syarie. 3. Janji suami “Esok saya akan ceraikan awak”, adalah ayat yang terikat dengan perkataan “akan”, yang bermaksud cadangan. Talak adalah hak suami, oleh itu, suami boleh ceraikan atau boleh juga tidak ceraikan isteri pada esok harinya. Sebaiknya, urusan yang melibatkan lafaz cerai, puan dan suami hendaklah merujuk perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa menentukan pengesahan ke atas perceraian dan urusan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 263

message user image