BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Asalamu'alaikum saya ada masalah dan ingin bertanya saya mengalami kemalangan motor beberape bulan yang lalu. Saya bersetuju untuk claim insurans tetapi laporan saya tidak lah lengkap atau kata lain jujur. Saya hanya menyatakan yang saya dilanggar dari belakang tetapi kejadian sebenar disebabkan saya membelok di tempat yang salah dan dilanggar dari belakang. Saya nak tahu adakah duit yang saya akan dapat dari insurans itu adalah haram?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perbuatan menipu tetap haram walaupun dilakukan atas perintah orang lain/ majikan. Melainkan wujud paksaan, iaitu yang menyebabkan kemudharatan tubuh badan dan nyawa. Jika dilakukan juga dikira bersubahat melakukan yang haram. Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima seksaan yang sangat pedih di akhirat nanti. Nabi S.A.W bersabda : من غش فليس منا Maksudnya : “Siapa yang menipu bukan dari kalangan kami”. (Riwayat Muslim) Oleh itu, duit yang diperolehi dari insuran itu adalah haram. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 266

message user image