BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum. Saya ada sedikit kemusykilan sedikit. Sebelum ini saya ada masalah darah istihadah, selepas berubat Alhamdulillah tiada lg masalah itu dan darah haid dah kembali normal. Tetapi sejak beberapa bulan kebelakang ini, saya dapati seminggu sebelum tempoh haid sebenar akan ada darah keluar dengan kuantiti yang sangat sedikit. Kadang pagi je ada. Kadang petang baru ada. Kadang2 selang sehari, dalam tempoh itu jika tiada darah keluar saya terus mandi hadas, dan bila darah keluar saya tidak solat kerana saya was2 untuk melalukan ibadah. Saya tidak tahu itu darah haid @ darah istihadah. Perlukah saya menqadakan solat yang saya tinggal kan dalam tempoh tersebut. Adakah itu darah haid dan adakah saya perlu kira 15 hari darah haid? Mohon pencerahan. Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika keadaan itu pernah berlaku sebelum ini, maka ia dikira sebagai haid. Puan hendaklah mengira tempoh 15 hari bermula keluarnya darah tersebut walaupun sedikit. Jika tidak pernah berlaku sebelum ini, ia merupakan darah istihadah. Jika puan tidak dapat mengenalpasti sama ada ia darah haid atau istihadah, hendaklah menentukannya dengan cara mengenalpasti sifat dan ciri darah tersebut. Perbezaan darah haid dan istihadah; 1. Darah kehitaman adalah haid manakala merah terang ialah istihadah. 2. Darah pekat dan hangat adalah sifat darah haid yang kuat, manakala darah cair adalah sifat darah yang lemah. 3. Darah berbau hanyir adalah haid dan yang tidak berbau adalah istihadah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 125

message user image