BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam.. semasa pertengkaran dengan isteri dalam WhatsApp isteri saya berjanji begini " kalau mama mungkir janji, awak jatuhkan lah talak kat mama ni. baru puas hati ayah" Saya cuma reply "ok. awak yang janji" Persoalannya adakah jatuh talak sekiranya isteri saya memungkiri janji tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, teks Whatsapp dari isteri : “Kalau mama mungkir janji.. awak jatuhkan lah talak kat mama ni.. baru puas hati ayah”, dan suami membalas “Ok”. Perkataan “Ok” tidak memberi maksud lafaz cerai yang sempurna. Dalam situasi ini tidak ada lafaz cerai yang sorih (jelas dan nyata) daripada suami. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya merujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi mendapatkan pengesahan mengenainya kerana perkara ini adalah di bawah bidang kuasa pihak mahkamah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 62

message user image