BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt Apa hukum bagi seorang isteri yang belum sempat mandi wajib selepas haid dan melakukan hubungan intim bersama suami tanpa pengetahuan suami bahawa dia belum mandi wajib selepas haid. Isteri tidak sampai hati menolak ajakan suami yang akan ke tempat kerja dan terpaksa menunggu beberapa hari lagi untuk bersama sekiranya permintaan tidak ditunaikan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan isteri tersebut menyebabkan dia berdosa, kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (al-Baqarah : 222) Adapun, suami tidak berdosa kerana tidak mengetahuinya dan tidak dimaklumkan oleh isteri bahawa belum mandi wajib. Waktu suci isteri bukanlah kering haid, tetapi waktu suci adalah apabila telah mandi wajib. Sebagai isteri urusan haid tentu sudah sedia maklum berkenaan tempoh haid dan kering haid. Sebaik sahaja kering haid, terus mandi wajib, bukan sahaja untuk waktu bersama dengan suami, tetapi juga untuk menyegerakan solat apabila telah tamat haid. Justeru, isteri hendaklah bertaubat dan sentiasa mensucikan diri serta tidak mengulangi perbuatannya di masa akan datang. Mandi wajib hendaklah dilaksanakan secepat mungkin selepas kering haid. Sekiranya isteri masih belum kering haid, sedang suami ingin bersama dengan isterinya, tidak salah isteri menolak ajakan tersebut dengan memaklumkan kepada suami. Oleh itu isteri tidaklah berdosa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 148

message user image