BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin tahu, apa hukumnya bekas suami mendesak supaya saya memulangkan cincin kahwin kami dan duit simpanan anak-anak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika cincin kahwin tersebut termasuk dalam mas kahwin, hukumnya adalah haram dan berdosa jika suami mendesak memulangkannya, kerana mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi kepada isteri, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ; “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib”. (an-Nisa’ : 4) Adapun, jika cincin kahwin tersebut adalah hibah (pemberian/ hadiah) dari suami kepada isteri, hukumnya adalah makruh jika bekas suami memintanya semula. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang menarik balik hibahnya seperti anjing yang muntah kemudian memakan muntahnya kembali.” (Riwayat al-Bukhari) Manakala duit simpanan anak-anak, adalah menjadi milik anak-anak. Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran anak atau penjaga anak. Jika anak-anak adalah dibawah tanggungjawab bekas isteri (hadhanah), maka bekas suami tidak boleh meminta semula duit anak-anak, tanpa kebenaran dari bekas isteri selaku penjaganya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 136

message user image