BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum dato/tuan, saya ingin bertanya berkaitan masalah rumahtangga berkaitan status perkahwinan kepada pasangan dalam perkara ini. Apa status bila seorang perempuan (isteri) telah membuat perhubungan sulit bertahun dan beberapa kali dengan pasangan gelapnya lelaki (suami orang). Kedua-duanya berstatus berkahwin dan mempunyai pasangan masing-masing tetapi pasangan mereka tidak mengetahui tentang hubungan sulit yang berlaku. 2. Apakah status dan hukuman terhadap lelaki (suami orang) dengan wanita (isteri orang) yang mengadakan perhubungan sulit dengan menyembunyikan segala aktiviti dan perhubungan tersebut? 3. Bagaimana dengan status pasangan mereka iaitu suami/isteri yang tidak mengetahui akan segala perbuatan mereka?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Selagi tidak berlakunya perceraian, status mereka adalah suami isteri yang sah. Adapun, mereka tetap berdosa kerana berzina di atas kelakuan curang masing-masing, sedangkan perkara ini jelas dalam al-Quran sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”. (Al-Israa' : 32) 2. Status mereka masih lagi suami isteri selagi belum berlaku perceraian, sama ada tahu atau tidak tahu mengetahui perkara tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 129

message user image