BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: As salam. Selalu dinyatakan anak luar nikah perempuan perlukan seorang wali hakim untuk bernikah. Bagaimana dengan anak luar nikah lelaki? Perlukah diberitahu kepada jurunikah yang pengantin lelaki adalah seorang anak luar nikah?


message user image

Jawapan  

Maksudnya : “Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, perkahwinan tersebut adalah batal. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Apabila disetubuhi oleh pasangannya, dia berhak menerima mas kahwin bagi menghalalkan farajnya. Jika berlaku perbalahan tentang wali, maka sultan ialah wali kepada mereka yang tidak berwali” (Riwayat Abu Daud) Adapun, bagi anak tidak sah taraf lelaki, mereka tidak memerlukan kepada wali untuk menjadikan sah pernikahan tersebut. Justeru, tidak perlu memberitahu jurunikah bahawa pengantin lelaki tersebut adalah anak tidak sah taraf. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 158

message user image