BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Datuk Mufti. saya berhasrat menarik umat Islam membudayakan Sunnah Rasullullah dengan membakar bakhoor yang di perbuat dari kayu dan pati minyak gaharu/oudh. mohon pencerahan dari segi hukum dan hadith. supaya saya dapat memberi maklumat yang tepat kepada pengguna. Sekian.terima kasih. Wassalam


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, harus hukumnya menggunakan wangian sama ada dipakai pada anggota badan atau sebagai pewangi bagi acara tertentu seperti doa selamat, tahlil dan majlis ilmu.Pemakaiannya perlulah selari dengan ajaran al-Quran dan As-Sunnah serta tidak dipengaruhi unsur khurafat atau pemujaan. Berkaitan dengan bukhoor adalah wangian yang diperbuat daripada potongan kayu gaharu, diproses dan kemudiannya dicampur dengan pelbagai pati haruman lain termasuk minyak gaharu. Bukhoor dibakar bagi mengharumkan ruang. Hadith yang diriwayatkan daripada Nafi katanya yang bermaksud ; "Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: Beginilah Rasulullah SAW berwangi." (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 362

message user image