BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: apa hukum atau fatwa bagi mereka yang menjalankan perniagaan nikah siam?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tiada perniagaan dalam urusan pernikahan. Ia juga melanggar hukum syarak dan bersalahan dengan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dalam kategori persyubahatan. Mereka yang terlibat boleh disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa agama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image