Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya tertanya-tanya apakah hukum hasil keuntungan yang dilaburkan dalam sesuatu pelaburan yang sebelumnya diyakini halal (sebelum keluar fatwa) tetapi pada masa sekarang telah difatwakan haram? Sebagai contoh pelaburan forex, apakah status hasil keuntungan seseorang sebelum difatwakan haram, adakah hasil keuntungan itu dibenar atau dikira haram?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, pelaburan tersebut adalah kekal sebagai halal sebelum difatwakan. Tetapi ia menjadi haram sebaik sahaja ianya difatwakan. Oleh itu, sebarang urusniaga selepas fatwa diputuskan termasuk di dalam harta yang tidak patuh syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.