BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum anak mendoakan agar bapa mati cepat kerana bapa tidak melaksanakan tugas (beri nafkah) dan menyakiti ibu dan anak


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, anak yang mendoakan supaya bapanya mati cepat hukumnya adalah berdosa. Urusan hidup dan mati seseorang adalah urusan Allah SWT. Berkenaan bapa yang menyakiti ibu dan anaknya yang tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah, dosanya akan ditanggung sendiri oleh bapa tersebut. Justeru, ibu boleh membuat tuntutan hak nafkah dirinya dan anaknya di Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk diambil tindakan. Sebagai seorang anak, adalah lebih baik mendoakan bapanya agar insaf dan berubah sikap menjadi bapa yang bertanggungjawab dan baik terhadap ahli keluarganya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 135

message user image