BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, hamba ingin bertanya adakah doa sujud terakhir boleh di buat dalam setiap sujud terakhir solat contohnya solat wajib atau solat sunat yang lain. Sebab hamba selalu berdoa sujud terakhir tahajjud dalam solat-solat yang lain seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain. Selepas itu bolehkah berikan bacaan kaifiyah tahlil yang jelas kerana hamba suka membaca ini setiap kali selepas solat subuh dan selepas solat isyak iaitu kaifiyah tahlil sebelum baca al-fatihah dan yaasiin. Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara asasnya solat adalah doa. Oleh itu tidak menjadi kesalahan (tidak batal solat) membaca doa semasa sujud terakhir pada setiap kali solat fardhu dan sunat. Bahkan ia digalakkan, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء Maksudnya: "Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud)." (Riwayat Muslim) Berhubung dengan kaifiyat tahlil, boleh merujuk dalam buku-buku panduan yang banyak dipasaran. Boleh juga memilih yang ringkas sekadar ayat kursi atau sepenuhnya. Kerana tahlil itu bermaksud bacaan kalimah tayyibah (لا اله إلا الله) yang dimulai dengan al-Fatihah dan disudahi dengan doa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 187

message user image