BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. apakah status isteri yang telah ditalak oleh suami dengan talak satu tetapi melayani kemahuan suaminya dengan bukan kerelaannya semasa dalam iddah tetapi tidak bersetubuh (memasukkan kemaluan suami ke dalam kemaluan isteri). Adakah telah rujuk ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apabila berlakunya perceraian, maka haram bagi suami tinggal bersama-sama dengan bekas isterinya dalam sebuah rumah atau masuk ke dalam rumah yang didiami bekas isterinya tanpa rujuk, walaupun dalam iddah talak raj’ie, kerana dikhuatiri akan menjurus kepada perbuatan khalwat. Suami juga diharamkan berseronok-seronok dengan bekas isterinya yang ditalak raj’ie sebelum dirujuk. Justeru, puan perlu tegaskan dengan suami bahawa jika ingin merujuk semula puan, hendaklah dengan lafaz rujuk. Kaedah ini adalah berdasarkan kepada mazhab Shafie, bahawa rujuk itu adalah dengan lafaz seperti : “Aku rujuk semula isteriku” dan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT ; وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا ۚ Maksudnya : “Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah (kebaikan)”. (al-Baqarah : 228) Justeru, puan dan suami hendaklah mengemukakan perkara ini terus ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk menentukan status rujuk tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 120

message user image