BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan, Adakah saya boleh membaca surah-surah yang sudah dihafaz sekiranya dalam haid? Surah ini memang sudah menjadi amalan iaitu surah al-mulk. Saya mendapat tahu bahawa, ayat-ayat mathurat boleh dibaca ketika haid & diniatkan sebagai zikir. Bagaimana pula dengan surah al-mulk tadi? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bagi wanita yang sedang haid adalah harus baginya membaca surah-surah yang sudah menjadi kebiasaan dan hafalan baginya untuk dibaca ketika haid agar tidak lupa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 241

message user image