BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan berkenaan hukum syarak berkaitan babi. Soalan: Pihak kami ditanya oleh awam berkaitan hukum syarak seperti soalan dibawah. Memandangkan fatwa rasmi berkaitan hukum syarak adalah merujuk kepada pihak mufti selangor maka soalan ini diajukan dan dimohon jawapan fatwa untuk kebaikan bersama. 2. Adakah halal saya memakan daging lembu yang diberikan oleh pihak yang membekalkan daging babi kepada umum atau ia adalah syubhah? 3. Kenalan saya seorang penternak babi dan jual daging babi. Adakah halal saya makan daging lembu yang dijual olehnya yang saya sangsi dan ragu kerana bimbang berlaku perkara bercampuran yang tidak sepatutnya. Sekian, mohon fatwa.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Selagi mana beliau menyakini daging lembu itu halal, maka ia adalah halal. Halal yang dimaksudkan termasuklah pengurusan daging lembu tersebut seperti sembelih, tukang sembelih, peralatannya dan seumpamanya, kerana diketahui pemberi daging lembu itu juga merupakan penternak dan penjual daging babi. Sebagaimana kaedah fiqh menyebut : اليقين لا يزال بالشك Maksudnya : “Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak” 2. Oleh kerana beliau merasa sangsi dan bimbang, sebaiknya hendaklah mengelakkan dari memakan daging lembu tersebut. Maka cukup syarat di atas. Adapun bercampur, maka tidak akan menjadikan tidak halal, cuma mutanajjis sahaja, hendaklah basuh/ sertu. Hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu’man Ibnu Bashir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Maksudnya : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimanapun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya”. (Riwayat al-Bukhari) Kesimpulan, jika syubhah melebihi dari keyakinan adalah lebih utama ditinggalkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 244

message user image