BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah saya niat korban untuk arwah bapa dan ibu saya secara giliran setiap tahun?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menurut mazhab Syafi’i sepertimana yang dinukilkan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya Minhaj at-Tholibin; “Dan tidak boleh melakukan korban untuk orang lain melainkan dengan izin daripadanya dan tidak boleh juga melakukan korban untuk orang yang telah meninggal dunia, melainkan telah diwasiatkan” Namun demikian, terdapat pandangan dalam mazhab Syafi’i yang mengharuskan korban untuk si mati walaupun tanpa wasiat. Walau bagaimanapun, tuan boleh berkorban atas nama tuan dan disedekahkan pahala korban tersebut untuk kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 134

message user image