Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya pernah berhutang judi. adakah patut kita bayar hutang judi atau tidak?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, perbuatan judi adalah haram disisi Islam. Bagaimanapun, jika seseorang berhutang, kemudian ia gandakan duit hutang itu untuk berjudi, maka hutangnya tetap wajib dibayar. Begitu juga jika meminjam wang dari seseorang untuk berjudi, maka hutangnya wajib dilunaskan kepada orang tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.