BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada keraguan mengenai najis mughallazah. Jika tangan seseorang sudah terkena air liur anjing, kemudian hanya membasuhnya dengan pasir dan air laut sahaja. Setelah kering, jika tangan telah basah semula dan masih belum disertu, adakah najisnya akan berpindah ketempat lain jika disentuh walaupun fizikal najis itu telah hilang? saya ragu-ragu terhadap hal ini dan merasakan najis telah merebak merata tempat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jika yang dimaksudkan membasuh tangan yang terkena air liur anjing itu menggunakan kaedah yang sama dengan sertu bagi najis mughallazah iaitu tujuh kali basuhan, maka telah sucilah tangan tersebut. Berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda; طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ Maksudnya : “Sucinya bekas air seseorang di antara kalian jika dijilat anjing adalah dengan dicuci sebanyak tujuh kali, permulaannya dicampur dengan tanah.” (Riwayat Muslim) Justeru, setelah tangan yang kering itu basah semula, tidaklah lagi bernajis jika menyentuh tempat-tempat lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 289

message user image