BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya hendak bertanya, apakah hukum seorang isteri tidak mahu tidur di rumah mertua di sebabkan masalah tandas dan bilik yang tidak bersih dah kemas, dan juga masalah aurat biras, dan adik-beradik yang tidak tutup secara sempurna? Kami tinggal di selangor dan kampung saya di kelantan, kami jarang balik , saya sebagai suami rasa sedih sebab masalah ini, saya tidak salahkan isteri saya sepenuhnya. saya sudah cuba nasihat keluarga dan tegur mereka, tetapi mereka tidak berubah. Saya harap sangat isteri saya dapat bersabar sebab bukan selalu balik kampung , kalau balik seminggu hanya 2 hari sahaja di rumah saya, ada ketikanya saya terpaksa reka cerita lain kepada keluarga dan ibu ayah saya, disebabkan hendak jaga hubungan isteri saya dan keluarga saya. Kami ada 2 orang anak, jadi datuk dan nenek mereka harap dapat tengok dan bermain dengan cucu, kalau tidak sekejap sahaja. Isteri saya selalu bagi cadangan untuk bercerai, tapi saya tidak mahu kerana masih sayangkan keluarga kecil saya. Jadi harap pihak tuan dapat bagi jawapan dan cadangan yang perlu saya lakukan, Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, tuan perlu sentiasa memujuk isteri dan nasihatkannya supaya belajar dapat menerima keadaan di kampung. Adalah diharap agar tidak berputus asa dengan sikap isteri untuk terus menasihatinya. Mudah-mudahan hatinya lembut. Jika perlu gunakan orang tengah yang berkeupayaan dan berkemahiran serta beramanah (kaunselor) untuk membantu. Berusahalah untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina. Perbanyakkan berdoa agar isteri dapat menerima keadaan dan suasana di rumah kampung tuan. Tanggungjawab tuan juga untuk terus menasihati adik-beradik supaya dapat menjaga batas-batas aurat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 162

message user image