BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Sebuah tanah diwakafkan bertempoh. Dengan syarat hasil dari tanah tersebut hendaklah digunakan untuk menyelenggarakan masjid dan membayar imam dan bilal. Adakah tanah itu menjadi wakaf selama-lamanya walaupun pemberi wakaf menyebut tempoh wakaf? Sekian.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tanah yang diwakafkan secara bertempoh daripada hasil yang diusahakan tidaklah menjadi wakaf selama-lamanya kepada pemilik tanah. Berkaitan wakaf bertempoh iaitu samada mua’bad (selama-lamanya) atau mua’qqat (tempoh tertentu) ini dibenarkan Ulama’. Berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-1/2014 yang bersidang pada 4 Februari 2014 bersamaan 4 Rabiul Akhir 1435H memutuskan bahawa: “Harus melaksanakan Wakaf Muaqqat (bertempoh) dan Wakaf Zurri (keluarga) tertakluk kepada sighah ‘aqad wakaf” http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2010/608-fatwa-pelaksanaan-produk-wakaf-musytarak والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 101

message user image