BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya adakah jatuh talak jika kawan saya minta cerai kepada suami beliau dan suami beliau cakap setuju dengan syarat, hendak pergi berubat kalau tidak boleh baik. si suami cuma cakap bersetuju. jatuhkah talak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, persetujuan yang diucap oleh suami kepada kawan tuan itu bukanlah lafaz talak. Beliau hanya menyatakan setuju untuk bercerai jika tidak sembuh daripada berubat. Jika dianggap sebagai talak kinayah, maka perlu dipastikan sama ada suami ada niat atau tidak untuk menceraikan isteri. Sekiranya ada niat, maka jatuhlah talak. Adapun, pengesahan berkenaan lafaz talak ini, mereka bolehlah merujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran dan mempunyai bidang kuasa untuk menentukannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 68

message user image