BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya hendak bertanya, apakah hukum suami jika suami berkata kepada istri “Kalau kau keluar sekarang, kau keluar jangan duduk bersama” apa hukum nya? adakah jatuh talak atau cerai?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perkataan suami, “Kalau kau keluar sekarang, kau keluar jangan duduk bersama”, itu merupakan taklik secara kinayah (tidak jelas). Justeru, ia kembali kepada niat suaminya, sama ada berniat cerai atau tidak semasa melafazkan perkataan tersebut. Seterusnya, perkara tersebut boleh dirujukkan ke pihak Mahkamah Syariah berhampiran yang mempunyai bidang kuasa untuk menentukannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 90

message user image