BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukum menggunakan arang (activated charcoal) yang diperbuat dari habuk kayu dan tempurung kelapa dijadikan sebagai bahan mentah untuk membuat ubat gigi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Islam telah menetapkan setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT itu adalah harus digunakan, melainkan terdapat dalil yang menunjukkan makruh atau haram. Begitu juga dengan penggunaan arang (activated charcoal) sebagai bahan dalam pembuatan ubat gigi. Jika bahan itu telah dikaji dan diselidiki bahawa tiada kesan yang boleh membahayakan serta memudharatkan pengguna, maka ia harus digunakan. Namun, ia juga perlu mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada pihak yang berautoriti dalam urusan pendaftaran produk ubat-ubatan (ubat gigi) agar selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan terlarang yang telah dikuatkuasakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 124

message user image