BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: apakah hukum orang buat jampi sendiri, " bismillah, hang hilang iman"


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, perkataan “Bismillah, hang hilang iman”, adalah perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh orang Islam. Berdosa hukumnya mengatakan seseorang itu hilang imannya. Kita dianjurkan untuk mengucapkan dan mendoakan agar sentiasa bertambah iman untuk diri dan orang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 169

message user image