Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya bertanya bagi pihak kenalan. Situasinya begini. Si suami isteri bergaduh dalam whatsapp dan isteri ada menyebut "Kalau dah taknak, pulangkan cara baik." Lalu suami pun membalas "Cerai la kalau nak sangat. Kalau rasa diri ni (merujuk pada suami) tak bagus. Pergi mahkamah, failkan." Setelah itu mereka berbincang cara baik dan suami mengatakan langsung tiada niat hendak bercerai. Hanya terkilan si isteri suruh pulangkan dengan cara baik. Si isteri pun terkejut suami sebut perkataan cerai walaupun melalui whatsapp. Mereka menyesal bergaduh. Persoalannya, jatuhkah talak tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, situasi pergaduhan yang berlaku dalam Whatsapp tersebut tidaklah menyebabkan jatuh talak, kerana tiada perkataan yang menjurus kepada lafaz talak sama ada secara soreh atau kinayah. Ayat “Cerai la kalau nak sangat”, juga bukanlah lafaz cerai, dan suami juga tidak berniat untuk bercerai semasa pergaduhan tersebut berlaku. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.