Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: adakah hadis yang mengatakan bahawa apabila iqamat di kumandangkan maka setelah sebutan "قد قامت الصلاة" barulah kita berdiri. sebab waktu itu lah amalan kita di angkat. mohon pencerahan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tiada dalil atau hadith berkenaan berdiri ketika muazzin melafazkan kalimah tersebut. Ia hanya pandangan sahabat. Menurut pendapat mazhab Syafii, jemaah perlu bangun ketika iqamat selesai dilaungkan. Manakala dalam mazhab Hanbali pula adalah sunat jemaah berdiri ketika bacaan “قد قامت الصلاة”. Adapun, makmum perlu tunggu sehingga imam berdiri terlebih dahulu. Namun, jika imam sudah sampai, maka makmum digalakkan segera berada dalam sof. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.