BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan saya berkenaan solat jamak qasar. soalannya ialah saya tinggal di klang dan kampung saya di pahang. kalau ikut perkiraan sudah melebihi 2 marhalah. semasa saya niat musafir saya pergi bekerja dahulu dan tempat bekerja saya diluar kawasan qariah saya dan selepas waktu bekerja saya terus pulang kekampung. bolehkah saya sembahyang jamak qasar ditempat kerja saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi situasi tersebut tuan boleh solat jamak qasar di tempat kerja kerana telah berniat musafir dan dikira dalam perjalanan untuk pulang ke kampung. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 80

message user image