BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: 1.Assalamualaikum. kawan saya telah membeli tanah pusaka arwah ayahnya semasa ayahnya masih hidup dan semua dokumen telah diuruskan. soalannya ialah apakah status rumah yang didiami oleh ibunya sekarang diatas tanah itu. segala kos baik pulih rumah dibiaya sepenuhnya oleh kawan saya. adakah rumah itu perlu difaraidkan? 2. kayu-kayu dari rumah asal sudah tidak digunakan lagi. adakah boleh ianya dijual dan duitnya difaraidkan 3. Ada sebidang tanah lagi telah diwasiatkan kepada abangnya yang sulung dengan syarat abangnya memberi seorang rm5000 apabila abangnya mendapat wang kwsp. tetapi abangnya tidak mampu untuk memberi wang rm5000 seperti yang diamanahkan. apakah status tanah dan rumah tersebut, Adakah perlu difaraidkan? 4. Arwah ayahnya mempunyai 3 orang anak lain yang berlainan ibu. arwahnya memberitahu bahawa tanah-tanah pusaka ini tidak ada kena mengena dengan ank-anak yang dahulu dan tidak perlu difaraidkan. apakah statusnya sekarang?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Ia berbalik kepada urusan jual beli tanah tersebut semasa hayat ayahnya. Jika pembelian itu termasuk sekali dengan rumah yang dibina di atasnya, maka tanah dan rumah tersebut adalah menjadi hak milik pembeli. Justeru, ia bukanlah harta pusaka ayahnya. 2. Kayu-kayu tersebut boleh dijual dan duitnya menjadi milik empunya kayu tersebut, jika sewaktu beli tanah itu termasuk sekali rumahnya. 3. Tanah tersebut merupakan harta pusaka ayah yang perlu difaraidkan. Ini kerana wasiat hanya boleh dibahagi tidak melebihi 1/3 sahaja daripada harta yang ada. Oleh kerana wasiat tersebut kepada abang sulung, maka beliau boleh menerima 1/3 bahagian daripada tanah itu. Selebihnya difaraidkan kepada waris yang ada. 4. Anak-anak kandung arwah (yang berlainan ibu) juga merupakan ahli-ahli waris yang mempunyai hak ke atas tanah-tanah tersebut, ia hendaklah difaraidkan mengikut bahagian masing-masing. Bagi mendapatkan sijil faraid, kawan puan bolehlah mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran, untuk tindakan dan urusan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 170

message user image