BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Dato' Seri/Dato'/Dr/Tuan/Puan, Saya ingin bertanya beberapa persoalan. 1)Apakah hukum pagar rumah dari gangguan jin atau sihir menggunakan kaedah : a) Renjis air mutlak yang telah diruqyahkan sekeliling. b) Tabur garam sekeliling rumah. 2) Bolehkah perawat tentukan jenis-jenis jin secara spesifik berdasarkan simptom. Contohnya jika pesakit mengigil kesejukan semasa diruqyah perawat anggap pesakit terkena jin Air, jika pesakit suka bau wangian menandakan jin Islam dan jika tidak suka bau wangian menandakan jin kafir. 3) Pesakit sedang kerasukan dakwa kesakitan mendengar ayat ruqyah. Adakah boleh kita anggap jin jenis syaitan akan sakit dan terseksa jika mendengar ayat suci al-Quran?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Pagar rumah dalam erti kata menghindarkan dari gangguan jin dan sihir adalah harus. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam”. (al-Nahl : 98) Berhubung dengan renjisan air mutlak yang telah diruqyah dan taburan garam adalah merupakan kaedah yang biasa dilakukan oleh pengamal perubatan sebagai suatu usaha/ ikhtiar semata-mata yang bersih daripada unsur kepercayaan. Yang memberi manfaat dan mudharat hanyalah Allah SWT. 2. Berdasarkan kepada ilmu yang difahami tentang makhluk halus daripada al-Quran dan al-Hadith serta pengalaman merawat, ia diberi kemampuan menentukan secara am (bukan spesifik) jenis-jenis gangguan yang dialami oleh pesakit. Walau bagaimanapun, ia tidak wajib untuk dipercayai, bahkan ianya harus sahaja. 3. Al-Quran adalah mukjizat kubro yang bererti melemahkan yang boleh menjadi penawar kepada penyakit jasmani dan rohani. Justeru itu jin dan syaitan boleh terseksa dan sakit apabila pesakit diruqyah dengan bacaan-bacaan al-Quran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 266

message user image