BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assammualaikum Ustaz, saya zam dari sabah, saya ada soalan , saya baru membeli mesin mining bitcoin@etherium melalui syarikat luar negara secara online, konsep perniagaan mereka adalah orang awam yang beli mesin mining hanya perlu bayar mengikut harga mesin, keuntungan hasil mining yg diperolehi telah ditentukan setiap bulan secara kontrak dlm tempoh 5tahun selagi mesin beroperasi. Setiap mesin yang dibeli akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat tersebut, saya hanya terima hasil mining kadar tetap setiap bulan, apakah hukumnya saya mendapat hasil mining secara tetap setiap bulan selama kontrak 5tahun. Mohon penjelasan ya ustaz. Wslm dan terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar. Berdasarkan fatwa yang berkaitan perniagaan dan pelaburan terdapat beberapa kriteria yang dijadikan panduan dalam perkara ini agar ia tidak bertentangan dengan syarak. Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:- 1. Gharar – Ketidak tentuan, ketidak pastian, tidak jelas, iaitu suatu keadaan di mana terdapat sesuatu yang disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan ketidak adilan serta penganiayaan kepada pihak lain yang terlibat. 2. Maisir – Iaitu suatu kontrak yang ada kaitannya dengan gharar yang boleh membawa kepada maisir iaitu judi, apabila satu pihak mengambil keuntungan atas kerugian pihak-pihak lain yang terlibat. 3. Riba – Bebas daripada unsur-unsur riba. Sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”. (Surah al-Baqarah: 275). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 210

message user image