BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukum pakai kuku palsu dan hukum mewarnakan kuku? Saya hanya memakai kuku palsu ketika saya haid, bagi mengelakkan pengambilan wudhuk yang tidak sempurna akibat gam daripada kuku. Jadi, apakah boleh memakai kuku palsu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, memakai kuku palsu dan mewarnakan kuku ketika haid adalah haram sekiranya bahan yang digunakan berasal daripada najis. Ia juga dilarang jika dipakai dengan tujuan menarik perhatian dan menunjukkan kecantikan dikhalayak umum. Adapun, jika berwuduk perlu ditanggalkan dan pastikan air mengalir dan sampai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 148

message user image