BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalam ustaz, isteri saya adalah penerima buah pinggang dan sudah mengandung 21 minggu bersamaan 5 bulan 1 minggu. disebabkan buah pinggang baru tidak dapat menampung beban disebabkan mengandung, doktor menyaran untuk menggugurkan kandungan. untuk makluman ustaz bayi dalam kandungan sihat dan cukup sifat, saya sebagai suami & isteri berdosa kerana terpaksa menggugurkan kandungan tersebut walaupun saya berat hati untuk membuat keputusan tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 26 yang bersidang pada 7 – 8 Mac 1990 memutuskan bahawa, haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan teruk yang membahayakan nyawa ibu. Manakala Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah memutuskan bahawa: 1. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana ia dianggap sebagai satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu. 2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pastikan dengan doktor pakar Muslim, bahawa kandungan itu memang akan membahayakan nyawa ibu jika diteruskan. Sekiranya tidak membahayakan nyawa dan hanya mudharat kecil, maka tidak perlu gugur. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (al-Hadiid : 23) Diharap tuan dan isteri tabah di atas ketentuan dari Allah SWT yang padanya terdapat hikmah tersendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 82

message user image