BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Asalamualaikum. saya sudah bercerai dengan bekas isteri selama 23 tahun kami bersama. semasa kami bersama kami telah membina sebuah rumah dengan duit bersama. persoalannya tanah yang kami beli menguna pakai nama bekas untuk buat pinjaman bayaran balik ke bank juga bersama kami punya 4 orang anak. adakah saya masih berhak ke atas harta tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berkenaan situasi tersebut, tuan berhak dan boleh membuat tuntutan harta sepencarian semasa dalam tempoh perkahwinan terdahulu, yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah berhampiran. Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). Kerana telah tetap orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, maka berusahalah kamu dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (an-Nisa’ : 32) Perkara ini juga dinyatakan dalam Seksyen 122 : Kuasa Mahkamah memerintahkan pembahagian harta sepencarian berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/310e470db7b50b6748257100003195e1?OpenDocument والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 165

message user image