BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hujahnya jika kita menjadi agen jualan untuk produk yang dibangunkan/dimiliki oleh syarikat Israel yang terang-terangan menyokong tentera Israel?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara umumnya ada dua klasifikasi kafir iaitu dzimmi iaitu berdamai dengan umat Islam dan harbi iaitu yang sedang berperang dengan Islam. Manakala urusniaga atau bekerja di perusahaan dzimmi adalah harus. Adapun harbi hukumnya bergantung dua keadaan, iaitu: a. Harus bagi urusniaga atau bekerja dalam bidang umum seperti makanan, perubatan, pertanian dan lain-lain. b. Tidak harus (haram) bagi urusniaga atau bekerja dalam bidang persenjataan atau urusan memperkuatkan ketenteraan harbi. Berbalik kepada persoalan tuan, perlu melihat kepada dua keadaan di atas. Jika agen jualan bagi produk umum ia adalah dibolehkan dan sebaliknya adalah haram. Di zaman sekarang adalah perlu kepada kepastian bahawa syarikat tersebut menyokong secara terang-terangan bagi sokongan kepada Israel sama ada ianya bertujuan pembangunan penduduk Isreal atau ketenteraan Israel secara langsung. Selagi mana ia tidak dipastikan adalah harus dalam urusan ini. Walaubagaimanapun, jika masih meraguinya, cara terbaik adalah dengan meninggalkannya. Dicadangkan agar carilah pekerjaan yang tiada sebarang syubhah (ragu-ragu) kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimanapun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang yang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agamanya dan maruahnya.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 157

message user image