BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya dan isteri telah bercerai talak satu dan masih didalam tempoh iddah. Saya dan isteri telah terlanjur bersetubuh didalam tempoh ini. Sekarang isteri mengesyaki bahawa dia telah hamil disebabkan ketelanjuran kami. Jikalau benar isteri hamil, apakah yang perlu kami lakukan? Adakah kami perlu segera rujuk dan apakah status anak dalam kandungan tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam mazhab Shafi’i melakukan persetubuhan dalam tempoh iddah adalah haram. Suami juga diharamkan berseronok-seronok dengan bekas isterinya yang ditalak raj’ie sebelum dirujuk. Jika tuan ingin merujuk kembali isteri, mestilah dengan lafaz rujuk, bukannya dengan melakukan persetubuhan. Firman Allah SWT ; وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا ۚ Maksudnya : “Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah (kebaikan)”. (al-Baqarah : 228) Justeru, tuan hendaklah segera merujuk isteri dan mendaftarkan rujuk tersebut di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk proses selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 58

message user image