BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukum onani bila isteri selalu menolak ajakan untuk bersama


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, isteri yang menolak ajakan suaminya untuk bersama tanpa sebarang keuzuran, hukumnya adalah berdosa. Ini jelas sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إذَا دَعَا الَرَّجُلُ امْرَأَتَهُ اِلىَ فِرَاشِهِ فَأَبَتْ اَنْ تَجِئَ لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, lantas ia tidak mahu datang, maka malaikat melaknatinya sehingga ke subuh” (Riwayat al-Bukhari) Adapun, jika suami menggunakan alternatif lain untuk melepaskan nafsu dengan bantuan isteri adalah dibenarkan, sebagaimana firman Allah SWT; وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7) Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas” (al-Mukminun : 5-7) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 777

message user image