BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah masih sah pernikahan jika wang mas kahwin dan wang hantaran masih tidak dijelaskan dalam tempoh yang panjang(melebihi 2 tahun)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, maskahwin dan juga wang hantaran dikira sebagai mas kahwin yang wajib dilunaskan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (an-Nisaa' : 4) Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 31 Disember 2009 memutuskan bahawa : “Menetapkan had minima kadar nilai Maskahwin sebanyak RM 300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran daripada pihak lelaki, ianya dikira sebagai Maskahwin”. http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/186-hukum-penetapan-kadar-maskahwin-bagi-negeri-selangor Justeru, isteri berhak menuntutnya, ia juga dianggap sebagai hutang yang wajib dilunaskan oleh suami. Adapun, pernikahan tersebut masih sah dan mereka masih lagi suami isteri sekalipun belum dijelaskan maskahwinnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 68

message user image