Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, 1. Soalan pertama, satu hari saya dan suami bergaduh, saya nak blk KL seorang tapi suami marah dan cakap kalau U balik I ceraikan U, selepas beberapa jam bergaduh suami pujuk dan kami balik KL bersama. Adakah jatuh talak saya ikut dia balik? 2. Soalan kedua adakah jatuh talak sekiranya suami pernah cakap contoh lah kan “I ceraikan U”. Mohon pencerahan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, 1. Lafaz yang dinyatakan oleh suami adalah lafaz berbentuk taklik. Maknanya, jika puan balik ke KL seorang diri sahaja, selepas suami berkata : “Kalau U balik, I ceraikan U”. Maka jatuhlah talak ke atas puan. Taklik berlaku pada masa itu sebaik sahaja suami melafazkannya. Namun, puan tidak terus balik sendiri pada waktu itu. Sebaliknya, setelah beberapa jam barulah suami dan puan balik ke KL bersama-sama. Sebaiknya, perkara ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk dibuat pengesahan lafaz cerai, dan proses selanjutnya. 2. Jika contoh lafaz suami yang puan berikan : “I ceraikan U”, merujuk kepada persoalan yang pertama tadi, maka hendaklah dibuat pengesahan terlebih dahulu oleh pihak Mahkamah Syariah. Jika lafaz yang memang jelas seorang suami berkata kepada isterinya : “I ceraikan U”, maka jatuhlah talak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.