Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalam ustaz, boleh kah balut luka pada jari kena pisau darah tidak berhenti. apabila hendak ambil air sembahyang, perlukah tukar balut selalu atau lalukan sahaja air sembahyang di atas pembalut itu sahaja?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hendaklah dibuka balutan tersebut semasa berwuduk jika tidak membawa kemudharatan yang teruk. Jika jari yang luka itu memudharatkan nyawa semasa berwuduk, maka basuhlah di atas balutan luka tersebut dan berwuduk seperti biasa, kemudian dilaksanakan tayammum. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.