BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanya hal puasa hajat. Ada hajat yang saya ingini, dan saya mahu lakukan puasa hajat selain solat hajat. Persoalannya, wujud ke puasa sedemikian? Sebabnya setelah saya google, ada yang mengatakan puasa seperti itu tidak wujud. Ada pihak kata boleh dilakukan. Sekiranya ada, saya mahu buat puasa hajat untuk 40 hari terus. Dan 40 hari boleh dialakukan selang seli atau haruslah berterusan kerana agak sukar untuk perempuan lakukan secara berterusan. Terima kasih assalamualaikum


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak wujud istilah “puasa hajat” dalam Islam. Jika ingin memohon sesuatu hajat, boleh dilakukan dengan cara seperti yang dianjurkan oleh Nabi SAW untuk dijadikan panduan. Di samping itu, jika ingin Allah SWT mengkabulkan hajat, kita mestilah patuh dan taat kepada perintah Allah dan jauhi laranganNya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. (al-Baqarah : 186) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 348

message user image