BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. Saya adalah pesakit yg menerima rawatan dialisis. Setiap rawatan saya akan terlepas Zuhur kerana sedang dirawat. Adakah saya boleh qada solat pada Waktu Asar? Lagi satu penampal luka tersebut tidak boleh dibuka pada waktu tersebut. Bagaimana cara berwuduk?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi situasi tersebut adalah harus menjamakkan solat. Ini berdasarkan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus. Namun, jika dapat diusahakan tukar jadual pada waktu pagi, maka lebih utama. Adapun, penampal luka tersebut boleh dibuka selepas setengah jam, maka tunggu sebentar sehingga darah berhenti agar tidak menanggung najis ketika solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 82

message user image