Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah jatuh talak bila seorang suami berkata kamu tidak layak menjadi isteri siapa-siapa pun dan pada masa ungkapan itu dilafazkan, si suami sememamgnya ada niat yang isterinya itu tidak layak untuk menjadi isterinya lagi.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz suami : “Kamu tidak layak menjadi isteri siapa-siapa pun”, adalah lafaz talak secara kinayah (tidak jelas). Oleh itu, ia berbalik kepada niat suami semasa melafazkannya. Jika niat suami “tidak layak” itu dimaksudkan sebagai cerai, maka jatuhlah talak ke atas isteri, jika tiada niat maka tidak jatuh talak. Sebaiknya, perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.