BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya berkahwin jun lepas. Pada waktu tersebut suami saya salah faham mengenai mas kahwin yang beliau akan beri. Waktu itu dia hanya sediakan sebentuk cincin sebagai mas kahwin sepertimana pemahannya setelah berbincang dengan ayah, tetapi sebenarnya iayah telah menetapkan rm200 di dalam borang sebagai mas kahwin. Ketika akad nikah, tok kadi meminta untuk lihat wang rm200 tersebut. Waktu itu suami saya terpinga-pinga, lalu ayah saya mengeluarkan duit beliau kerana pada waktu itu suami tidak membawa duit. Setelah majlis, ayah mengambil kembali duit tersebut dan meminta suami menggunakan duit sendiri. Namun suami mengganggap cincin yang disediakan sudah memadai kerana harganya sudah lebih rm200. Soalan saya adakah dibolehkan begitu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam isu ini suami tidak salah dan tidak bertentangan dengan syariat, kerana beliau dianggap telah memberikan mas kahwinnya sebagai pemberian yang wajib kepada puan berupa sebentuk cincin, yang mana nilainya melebihi RM200. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (an-Nisaa' : 4) Namun, jika pengantin perempuan mengatakan mesti RM200, maka lebih afdhal diberikan kerana ia adalah hak isteri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 126

message user image