BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1) Bacaan tasyahud awal kena baca setakat syahadah ataupun selawat nabi mengikut yang sahih? 2)Apakah maksud meringankan solat sunat? Adakah tidak perlu membaca surah ataupun tasyahud akhir setakat selawat nabi dan keluarganya sahaja dan tidak perlu membaca selawat ibrahim? Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bacaan tasyahud awal adalah setakat syahadah. Ini menurut hadith yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas’ud katanya; عَلَّمَنَا رسول الله ﷺ إِذَا قَعَدْنَا فِي الرَّكْعَتَيْنِ أَنْ نَقُوْلُ : اَلتَّحِيَّاتُ للهُ واَلصَّلَوَاتُ اَلطَّيِّبَاتُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، اَلسَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلىَ عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ Maksudnya : “Rasulullah SAW telah mengajar kami dalam dua rakaat, bahawa kami berkata : “Bermula segala tahiyyat itu bagi Allah dan segala sembahyang dan sekalian amal yang baik. Bermula sejahtera itu atas Engkau hai Nabi dan rahmat Allah dan berkatNya”. Bermula sejahtera atas kami dan atas segala hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya” (Riwayat al-Bukhari) Berkenaan maksud meringankan solat sunat, ialah menunaikan solat hanya melakukan perkara-perkara rukun qalbi (hati), fi’li (perbuatan) dan qauli (bacaan), sekira-kira sah solatnya. Ringkasnya, tidak melakukan perkara-perkara yang sunat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 158

message user image