Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: 1.Saya menjadi makmum suami. Soalan saya, Bolehkah di akhir solat fardhu, saya yang membaca doa selesai solat? .
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang isteri untuk membaca doa selesai solat sedangkan terdapat suami disisinya yang mengaminkan doa tersebut. Walau bagaimanapun, adalah lebih afdhal jika doa tersebut dibacakan oleh suami yang merupakan ketua keluarga dan imam kepada jamaahnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.