BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. Ustaz, saya nak tanya pasal KWSP. Saya telah mengeluarkan duit daripada KWSP atas sebab pencen pilihan. Sebelum ini saya pernah daftar patuh syariah dgn KWSP. Jadi duit yang saya dapat drp KWSP sejumlah RM20, 230.72. Soalan saya berapa jumlah yang perlu saya keluarkan untuk zakat? Mohon pencerahan daripada ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Zakat perlu dikeluarkan ke atas caruman wang KWSP sebaik ia dikeluarkan merujuk keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke 74 bersidang 25-27 Julai 2006. Kiraannya adalah sebanyak 2.5% daripada jumlah keseluruhan wang yang telah dikeluarkan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 110

message user image