BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Kawan saya yg tinggal di Sweeden ada kemusykilan berkenaan dgn solat. Waktu zohor, asar dan Maghrib di sweeden adalah sangat dekat iaitu zohor jam 12.00, asar 1.25 petang dan Maghrib jam 3.30 ptg. Waktu tu adalah waktu dia sedang bekerja. Masalahnya ialah bagaimana dia nk tunaikan solat zohor, asar dan Maghrib tu dlm keadaan Sweeden yg tak benarkan org Islam tuk solat secara terbuka dan sgt rigid tentang masa. Boleh ke kalau dia jamak solat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebaik-baik solat adalah didirikan secara berjamaah. Namun, boleh didirikan secara bersendirian sama ada dalam keadaan terbuka atau tertutup. Dalam keadaan waktu zuhur dan asar yang singkat serta terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan, harus mendirikan solat zuhur diakhir waktu zuhur dan solat asar di awal waktu asar. Justeru ia tidaklah dinamakan sebagai solat jamak. Manakala solat mahgrib boleh dilakukan pada waktunya jam 3.30 petang. Walaupun sangat rigid dengan masa, solat tidaklah mengambil masa yang panjang berbanding dengan masa-masa peribadi yang lain, seperti makan, menunaikan hajat atau rehat. Dan solat boleh dibuat secara tertutup. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 125

message user image